Tuesday, September 1, 2009

First Project: Nasyiatul Aisyiah

Hey2, Assalamualaikum,
Oha!! Okay, entry kali nie focusing mengenai projek first yg my beloved group of friends and I were doing. Projek nie kami buat di sebuah rumah prihatin di Balik Pulau, Rumah Nasyiatul Aisyiah namanya. Rumah nie rumah prihatin persendirian, diasaskan oleh sepasang suami isteri, ustaz dan ustazah (tok dan tok wan) yg menempatkan anak2 yatim, miskin, mahupun yg terbiar. Serius ckp, meremang roma dgr cerita kesungguhan tok dan tok wan nie dlm buat kerja2 amal nie, bukan setahun dua, tp sejak umur awal 20an smpi laa skrg, umur dh hampir 60 tahun rsnya. Daripada rumah sekangkang kera sampai laa beli tanah nak buat rumah yg proper utk adik2 tu. Anak sendiri dah 8 org, bela lagi anak org lg 20 org. Huh, seriously, mula2 bila ke sana, igtkan cm best gak laa diri sendiri nie sbb akhirnya dpt gak cari jalan utk berbakti kepada org lain, tp bila berdepan dgn org cm tok dan tok wan nie, baru tau langit tu tinggi rendah. Bak dinasour dgn kutu beras rasanya.

So, pada hari kejadian, 08/08/09, kami ke sana utk first event. Tho as I said in the last post, semuanya tak ada experience mengajar pun, still sebulat suara kami rasa at least kena bagi test kat adik2 nie utk tau level dorg and things should start from that. Setibanya kt sana, kami disambut ngn drama; ada seorang adik nie tgh termenung, sambil menangis kt tangga sbb gaduh dgn abang yg lebih tua. Hahaha. Memang kelakar scene tu and I'm very sure none of us that day will forget that. Haha. Aiman memang comel. Lepas dah settle semuanya, kami pun mulakan program dengan sesi berkenalan. Here are some of the shots taken by Imah a.k.a Ms D.


Semasa sesi berkenalan tu, kami minta adik-adik nie beritahu cita-cita masing-masing. Memang hebat2 impian dorg nie. Some of them, (from left top) Khairul nak jadi Sarjan, Aiman nak jadi Leftenan, Mustakim nak jadi Pilot, Aideed nak jadi Kapten, Safiyyah nak jadi Leftenan, Sharul nak jadi Angkasawan, Amysha nak jadi Doktor. Ada bnyk lagi yg xsempat nak tunjuk kat sini. Harap2, mudah2an kita dapat sedikit sebanyak membantu mereka mengejar cita-cita mereka. =)

Happy faces of some of the volunteers. From left, Sue-chan and Nena, Sara and Ecah, Miz B and Bangcik (sole guy in the group a.k.a lelaki melayu terakhir. Thanks CD for joining!).
Seronok semasa briefing. Jarang boleh tengok Aiman senyum nie. Walaupun first time bersua, mustahil rasanya untuk tidak jatuh hati pada adik-adik ni =)

Semestinya Miz B adalah akak favorite adik-adik nie :P
So, begitu lah sedikit sebanyak gambar yang sempat dirakamkan. Alhamdulillah objektif kami pada hari tu tercapai. Langkah seterusnya adalah untuk menyediakan sistem pengajaran-pembelajaran yang seronok dan efektif (fun in learning) bagi adik-adik ni insya'allah. Pada Oct 3, 2009 kami akan kembali lagi untuk Icebreaking dan kelas tuisyen akan bermula sepenuhnya pada minggu seterusnya, insya'Allah =).
Oklah, penat dah menulis rasanya. Anyway, last but not least, my fav pic of all; Stare of Hopes by Safiyyah. Mudah2an Allah akan mencekalkan semangat kami untuk menyayangi mereka, untuk menghargai mereka dan untuk tidak beranjak sedikit pun ke belakang utk membantu mereka mencapai impian mereka. Aminn..


~Oh precious babies, dry up your tears for nothing but happiness is written in your coming days~
Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya). Hadis Riwayat Al-Bukhari.
Tuhanku, aku tidak layak ke syurga-Mu, namun tidak pula aku sanggup untuk ke neraka-Mu. Dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku, sesungguhnya Dikau lah pengampun dosa-dosa besar. Moga kita beroleh keberkatan dari-Nya. Aminn.

3 comments:

  1. adik pun suker akak bee.. muaahhhh..
    caya la geng!!

    ReplyDelete
  2. keep it up. keep us posted on next event. teringin nak join.

    ReplyDelete
  3. Ehehehe. Toche2. Sure will do keep you guys posted. Kish, teringin.. jom2 join. Nanti next program Oct 3. Cik Pia pon kalo kebetulan kt png jomlaa join!! :D

    ReplyDelete